Rabu, 17 Disember 2008

result da kuar..!!

setelah ditunggu2..
dan setelah pelbagai ura2 yang kua..
akhirnya result kuar hari ni..

walaupun secara rasminya tak kuar lagi kat student portal..
tapi aku dapat dari seorang kawan baik aku yang juga merangkap kepada MPP..
he..he..he..

aku tak tahu kenapa aku lagi prefer dapat tahu dari kawan2 baik
aku dari aku tengok sendiri..
mungkin sebab aku takut kot..

lepas dorang bagitahu je baru aku bukak untuk mendapatkan kepastian..
cuma masa part 1 jer aku tengok sendiri..excited la konon..tapi....kuang3 (^,<)
mungkin sebab tue aku takut nak tengok lagi kot..huhu..

Alhamdulilah..result aku maintain..
haha..rasa agak kelakar cos result part two n part third sebiji sebotol ye..
hahaha..

tapi apa2 pun Alhamdulilah sebab cgpa aku naik cikit...

dan kepada kawan2 aku..tak sabar nak jumpa korang..!!

Ahad, 7 Disember 2008

EeeEeeEee..

eeeeeeeeeeeeeeeee............
mara nie......aku mara..aku mara....
Dia pikir Dia siapa..
da lar aku tak kenal Dia..
tetiba nak paksa2 aku pulak..
hampeh....

fuh..sabar2..malas betul aku nak layan..
layan korean lagi bagus..

Sabtu, 6 Disember 2008

"tragedi tanah runtuh"

semua blogger mula sibuk menulis peristiwa terbaru yang baru sahaja menimpa negara kita pada waktu ini..
hari ni seperti semua orang tahu negara kita berlakunya satu lagi tragedi tanah runtuh yang terjadi di kawasan hulu klang iaitu Taman Bukit Utama dan Taman Bukit Mewah di Bukit Antarabangsa awal pagi tadi ( 4 pagi)


peristiwa ini sekaligus mengingatkan rakyat malaysia pada Tragedi Highland Tower 1993 kerana kejadian terbaru hari ini berlaku kira2 1.5 km dari lokasi Highland Tower ..aku sama sekali tidak pernah ingat tragedi itu kerana waktu itu aku baru sahaja berusia 4 tahun..aku tahu pun sebab kakak aku pernah cerita pasal tragedi tu..tapi masa itu aku tak terlalu endah pasal tragedi tu..sehingga lah sekarang aku mula berminat untuk membaca beberapa artikel mengenai tragedi highland tower yang pernah menimpa negara kita suatu masa dahulu..

disini ada beberapa artikel yang aku peroleh dari "Tragedi Higland Tower"..





Dua blok bangunan Highland Tower yang masih kekal tanpa dihuni selepas sebuah blok runtuh pada Disember 1993. Highland Tower Mempunyai 3 Blok yang dinamai sebagai blok 1,2 dan 3..



Peristiwa terburuk dalam sejarah industri pembinaan Malaysia tercatat pada 11 Disember 1993.

LELAKI itu tergamam melihat apa yang berlaku di hadapannya! Mulutnya ternganga tanpa mampu mengeluarkan sebarang suara. Badannya menggigil ketakutan.

Kejadian di hadapan matanya sungguh menggemparkan. Bangunan gah di Taman Hillview, Hulu Klang, Selangor; itu tiba-tiba runtuh menyembah bumi.

Dia menelan air liur mengenangkan keadaan manusia yang mungkin berada dalam pangsapuri Highland Towers, 12 tingkat itu runtuh.

Jam menunjukkan sekitar 1.35 petang ketika dia berasa gegaran kuat persis gempa bumi. Sejurus kemudian dilihatnya Blok A, pangsapuri Highland Towers itu runtuh selepas 14 tahun berdiri megah.

Kejadian 11 Disember 1993 itu menggemparkan seluruh negara dan mencatat sejarah terburuk dalam industri pembinaan Malaysia.


Media massa turut memenuhi kawasan lokasi kejadian untuk melaporkan tragedi terburuk dalam sejarah negara itu.

Bilik gerakan ditubuhkan petang itu dan pasukan mencari dan menyelamat mangsa digerakkan segera. Ratusan anggota polis, bomba dan pasukan penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikejarkan ke tempat kejadian.

Beberapa jam kemudian 124 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan kira-kira 30 anggota tentera dan jurutera dari Kem Batu Cantonment dan Kem Wardieburn dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu.

Dua helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) iaitu sebuah Nuri dan sebuah Alouette turut membantu usaha menyelamat.

Bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat tidak semudah yang disangka. Kerutan di dahi petugas membayangkan kesukaran berikutan sebahagian bangunan itu terbenam dalam tanah. Pasukan penyelamat tidak dapat memasuki bangunan runtuh kerana mangsa tertimbus di bawah timbunan konkrit bangunan.

Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad; Timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menteri kabinet bergegas melawat tempat kejadian.

Operasi berterusan dilakukan menyeluruh dan kira-kira jam 4.30 petang, pasukan menyelamat mendengar jeritan seorang wanita dan tangisan bayi dari bawah runtuhan itu.

Apabila melihat sebatang kayu dijolok keluar dari runtuhan berkenaan, mereka bergegas dengan penuh harapan ada mangsa yang selamat. Mereka menjenguk ke dalam lubang rekahan itu dan mendapati seorang wanita mendakap anaknya dan meminta diselamatkan.

Akhirnya mangsa pertama iaitu seorang bayi perempuan berusia 18 bulan, Nur Hamidah Najib, dikeluarkan dari timbunan konkrit diikuti seorang rakyat Jepun, Nakajima Shizue, 50.






Mangsa ketiga iaitu rakyat Indonesia dikenali Umi Rashidah Khoruman, 22 yang juga ibu Nur Hamidah akhirnya berjaya dibawa keluar walaupun menghadapi sedikit kesulitan kerana rekahan runtuhan agak kecil.






Semua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan. Mata petugas terus bersinar mengharapkan lebih ramai penghuni terselamat.
Bagaimanapun, kira-kira jam 12 tengah malam, berita sedih diterima apabila wanita rakyat Jepun itu meninggal dunia kira-kira 10 jam selepas diselamatkan, mati disebabkan pendarahan dalaman teruk yang dialaminya selepas bangunan itu runtuh walaupun sudah dirawat dengan bersungguh-sungguh oleh doktor .

Hari pertama kejadian dan operasi menyelamat diakhiri dengan berita kematian seorang mangsa, dua terselamat dan puluhan lagi masih hilang di bawah timbunan konkrit.

Hari seterusnya, pasukan mencari dan menyelamat dari Britain dan Amerika Syarikat tiba untuk membantu diikuti sekumpulan anggota penyelamat Perancis bersama dua anjing pengesan turut menyertai operasi pada 13 Disember. Turut serta pasukan dari Singapura dan Jepun.

Beberapa jam selepas kehadiran anjing pengesan pasukan Perancis itu, mereka mengesan kemungkinan ada mangsa terperangkap masih hidup. Kemahiran anjing pengesan itu turut disokong teknologi pengesan degup jantung Pasukan Penyelamat dan Bantuan Malapetaka (Dart) yang menunjukkan hasil sama.

Tambahan pula ketukan penyelamat dari luar mendapat ketukan balas dari dalam runtuhan sekali gus menyemarakkan semangat pasukan mencari untuk terus menyelamatkan mangsa. Berdasarkan kejadian terperangkap sebelum ini, mangsa biasanya boleh bertahan selama empat hingga lapan hari tanpa makan dan minum.

Pasukan Perancis berjaya menebuk lubang sedalam 4.5 meter dan turun ke dalam sebuah bilik pangsapuri yang runtuh, kira-kira jam 3 pagi. Mereka menjumpai dua katil di dalam bilik itu tetapi tidak mengesan sebarang mangsa dan masih meneruskan usaha mengesan arah bunyi ketukan.

Pasukan penyelamat Jepun turut menggali lubang sedalam 4.5 meter pada satu bahagian lain bangunan itu dan hanya menjumpai sebuah kereta BMW di dalam sebuah ruang.

HARI keempat operasi mencari dan menyelamat dijalankan dilalui dengan penuh kebimbangan oleh pasukan penyelamat.Jika operasi gagal menjumpai mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan, semakin tipis harapan menemui mangsa masih hidup.Empat hari selepas permulaan kisah tragis runtuhan pada jam 1.30 petang Sabtu itu, bau hanyir mayat manusia semakin kuat dan boleh dihidu pada jarak 150 meter dari tapak runtuhan pangsapuri.


Pasukan penyelamat benar-benar mengejar masa memunggah timbunan konkrit dan besi untuk masuk ke dalam runtuhan itu dan mencari mangsa yang dipercayai masih hidup, berpandukan kepada ‘tanda-tanda kehidupan’ yang dikesan anggota Pasukan Keselamatan Awam Perancis dan anjing pengesannya, dua hari sebelum itu.Bagaimanapun dengan bau mayat yang semakin kuat, semua pihak bersiap sedia menghadapi kemungkinan peluang mengeluarkan mangsa hidup semakin tipis.Namun, ia tidak mematahkan semangat pasukan penyelamat dari Perancis, Jepun, Singapura dan tempatan yang terus bertungkus-lumus mencari mangsa yang terperangkap dengan bantuan dua ekor anjing pengesan dan teknologi canggih.

Mereka juga menambah bilangan mesin pemecah konkrit dan keluli serta jentolak untuk mengangkut runtuhan konkrit bagi membuka laluan yang diharapkan membawa kepada penemuan mangsa.

Anggota pasukan penyelamat bergilir-gilir memasuki terowong di bawah timbunan runtuhan itu untuk mengesan mangsa tetapi belum berhasil. Mereka tidak dapat bertahan lama dan terpaksa meninggalkan terowong setelah berada hanya lima minit kerana tidak tahan bau yang semakin menusuk hidung.Pasukan penyelamat dari Jepun melaporkan mereka tidak dapat mengesan sebarang pergerakan di bawah runtuhan sebelah kanan blok pangsapuri itu, walaupun dengan menggunakan 'fibrescope' yang dilengkapi kamera.Alat berkenaan berupaya mengambil gambar atau objek di bawah tanah atau runtuhan bangunan tetapi tiada hasil menggalakkan diperoleh.Sehingga hari kelima, pasukan penyelamat menjumpai enam mayat termasuk dua yang hancur menjadi cebisan daging dan tengkorak.Lengan tangan kanan yang mempunyai gelang, satu tengkorak dan cebisan daging serta serpihan tulang ditemui Pasukan Penyelamat Malapetaka Jepun di tingkat lapan bahagian kanan bangunan pada jam 1.30 tengah hari.

Empat mayat yang reput dipercayai dua rakyat Korea dan dua rakyat tempatan, dikesan Pasukan Penyelamat Malapetaka Singapura di tingkat yang sama. Pasukan penyelamat Perancis yang ditugaskan di bahagian kiri bangunan tidak menemui sebarang mayat sehingga lewat petang tetapi ada mendengar ketukan daripada mangsa terperangkap yang dipercayai masih hidup.Lengan dipercayai sebahagian anggota wanita dewasa dikeluarkan kira-kira jam 1.45 tengah hari dan dihantar ke HKL. Tengkorak kanak-kanak dipercayai berumur di antara tiga hingga lima tahun serta serpihan tulang lain ditemui di tingkat yang sama. Cebisan daging dan serpihan tulang itu adalah anggota badan lebih seorang mangsa.

Patologi HKL mengesan cap jari daripada mayat yang ditemui pada hari berkenaan dan dihantar kepada pasukan penyiasat.Operasi diteruskan berikutan pasukan penyelamat antarabangsa optimis masih ada mangsa yang hidup di bawah runtuhan. Bagaimanapun, sukar sekali penyelamat untuk menghampiri mereka kerana dihalang konkrit tebal. Petugas terpaksa menggunakan peralatan ringan dan tangan saja kerana bimbang punggahan konkrit menggunakan jentera menyebabkan binaan berat itu runtuh dan membahayakan mangsa.Tarikh 17 Disember, pasukan pencari tidak lagi menemui sebarang tanda mangsa masih hidup. Ketukan dinding tidak lagi berbalas, penggunaan teknologi dan anjing pengesan juga menunjukkan hasil sama.Usaha diteruskan dengan tujuan mengeluarkan mayat mangsa walaupun jauh di lubuk hati, mereka masih mengharapkan ‘keajaiban luar biasa’ untuk menemui mangsa yang terselamat dan hidup selepas hampir seminggu terperangkap.Keesokannya, pasukan penyelamat menemui enam lagi mayat termasuk mayat seorang kanak-kanak dalam timbunan runtuhan pangsapuri Highland Towers. Mayat itu ditemui berhampiran tangki air berdekatan tempat letak kereta di pangsapuri yang terbenam.

Pasukan penyelamat kemudian menemui beberapa lagi mayat termasuk mayat wanita yang reput terbenam kira-kira lapan meter di tempat letak kereta pada jam 7 malam. Kakinya yang putus ditemui berdekatan.Kebanyakan mayat yang ditemui dan dikesan dalam keadaan ngeri kemungkinan dihempap konkrit dan batu-batan ketika pangsapuri itu runtuh pada hari kejadian.Pasukan penyelamat meneruskan kerja lebih agresif dengan menggunakan jenteraberat sebagai usaha terakhir mencari mangsa terperangkap yang mungkin masih hidup.Pada 20 Disember, 25 mayat termasuk seorang memeluk al-Quran, ditemui. Turut ditemui mayat seorang wanita memakai sari dan memeluk seorang kanak-kanak, dipercayai anaknya kira-kira jam 4.05 pagi. Manakala pada,21 Disember: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan dan polis mengesahkan 48 mayat ditemui daripada runtuhan pangsapuri Highland Towers. Daripada jumlah itu, 37 mayat ditemui sempurna, sembilan bahagian badan dan 10 cebisan anggota iaitu tangan, kaki, kepala serta paha. Jenazah anak lelaki tunggal bekas Perdana Menteri Datuk Musa Hitam, Carlos Rashid dan isteri, Rozita Datuk Abu Bakar, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Baru. Selepas 11 hari gerakan mencari dilakukan, akhirnya pada 22 Disember, pasukan mencari dan menyelamat menghentikan gerakan mencari mangsa yang mungkin terperangkap sekitar 4.40 petang.


Bedah siasat ke atas 48 mayat mangsa runtuhan pangsapuri Highland Towers mengesahkan mereka terbunuh pada hari kejadian 11 Disember lalu kerana cedera parah dihempap serpihan konkrit dan batu-bata.Empat puluh lapan mayat dicatat sebagai rekod akhir mangsa yang terkorban dengan hanya dua terselamat dalam tragedi terburuk dalam sejarah negara ini.Kini, kejadian ngeri itu mungkin semakin dilupai masyarakat selepas 13 tahun berlalu tetapi bagi si lelaki yang tergamam menyaksikan sendiri runtuhan itu selain kebanyakan pasukan penyelamat, hatinya akan terdetik pilu tatkala mendengar perkataan 'Highland Towers'."





Menurut pihak berkenaan, Blok A pangsapuri itu tumbang berikutan berlaku gelungsuran tanah akibat aliran air pada bukit curam di belakang ketiga-tiga blok kondominium itu disebabkan reka bentuk tembok penahan tanah yang tidak baik dan tidak mencukupi ketika pangsapuri itu dibina. Malah menurut sumber lain, hujan yang turun selama 10 hari berturut2 turut menyumbang kepada hakisan tanah.. Beberapa keratan akhbar yang aku baca, dikatakan pelukis pelan bangunan Highland Tower tidak mempunyai kelayakan bagi bangunan setinggi 12 tingkat itu..pelukis pelan iaitu Wong Tin Sang, hanya mempunyai kelayakan untuk mendirikan bangunan tidak melebihi 300 meter persegi atau 3,000 kaki persegi atau tidak melebihi dua tingkat.

setelah apa yang berlaku baru lah timbul pelbagai spesikulasi..manusia mula menyalahkan di antara satu sama lain..itulah apa yang terjadi..
apa yang aku lihat kini "mereka" hanya akan mengambil iktibar apabila suatu tragedi seperti ini berlaku..tetapi mengapa selepas kejadian itu pembangunan di atas bukit dan di lereng bukit masih diteruskan?..malah laut kini ditambak sedaya mungkin dan membuat pembangunan di atasnya..adakah "manusia tidak pernah belajar dari kesilapan?"..

tidak kah mereka terfikir akan terjadi sesuatu peristiwa seperti ini lagi..bukan kita meminta tetapi di dalam dunia ini tidak ada apa yang mustahil bukan..
sama2lah kita mengambil iktibar dengan setiap apa yang berlaku..mungkin kita terlalu alpa hidup di dunia ini..disebabkan itu kita dikejutkan dengan beberapa kejadian yang diturunkan oleh NYA..untuk memberi pengajaran kepada kita..untuk membuka fikiran kita..dan memberi kesedaran pada kita bahawa DIA sentiasa melihat kita..

walaupun kejadian itu sudah 15 tahun berlalu..tetapi ia tentu masih segar di ingatan pada mereka yang mengalaminya..


sama2lah kita sedekahkan al-Fatihah kepada mereka yang terkorban dalam tragedi2 seperti ini..

Tragedi Berdarah..


















Khamis, 4 Disember 2008

p-malas...

...
aku tak tahu kenapa sejak akhir2 ni aku malas giler nak tulis blog..
sebab tak masa ker? o aku tak ada cerita??
cerita?banyak benda yang aku nak cerita tapi tak tersampai2 lagi..
masa?? tak makna la..aku free jer..
tapi aku jadi malas nak baca blog orang apa ntah lagi nak tulis blog aku...
nak tahu sebab ape?
hahaha...*tetibe gelak
sebenarnya aku habiskan masa aku gi m'download suju n dbsk je keje..
wakaka..sampai ada satu hari mata aku dah naik sakit tengok komputer *bengkak*..
wakakaka..padan muka..
n..aku banyak download banyak cerita lama..
ntah kenapa tetibe ada 'feel' nak tengok cerita2 lama (cerita owg putih rrr..)...
walaupun ada orang kata "wei,cerita tu dah lapuk rr.."
so?? apa masalahnyerr..
sebab bila aku tengok cerita dulu2 aku terasa macam balik ke zaman masa mak aku ada lagi..
pelik tak..?? ntah lar e2 apa yang aku rasa..

ShoutMix chat widget