Sabtu, 24 Januari 2009

funfair yang penipu..

malam semalam aku habiskan masa dengan famili aku pergi ke funfair yang 10 minit dari rumah aku..(kalau naik kereta lar)..(20 minit kalau jalan kaki)..
mula plan kami tak jadi sebab secara tiba2 hujann daa...
aku relax jer..sebab pergi or tak sama je..
nanti2 pun boleh pergi jugak..bukan jauh..tapi disebabkan anak buah aku da tarik muka..
sebab kitaorang dah janji nak pergi..so turutkan je..
tapi nasib baik hujan da berhenti...
tapi rasa macam nak gelak..sebab aku ingat yang pergi budak2 je tapi bapak budak lagi banyak yang pergi..tak heran lah jugak..sebab mesti ar nak temankan anak-anak dorang tapi..yang lagi kelakar yang bapa2 lagi banyak main dari anak2nya..
wakaka..
seronok gak tengok gelagat orang kat situ..
ni yang mengingatkan aku masa kecik dulu..

nangis sampai hentak2 kaki nak pergi funfair..
ha!ha! *gila mengada..
(tapi agak sedih sebab teringat arwah mak yang rajin melayan karenah aku..huhu)
banyak jugak lar game kat sana..
















nampak je macam game bodoh2 tapi penipu..huhu..
asal aku kata penipu?
mana tak..
first game yang kita orang main..baling gegelang kata dalam botol kaca..
gila ar..dah lah gegelang tu kaca..berat..amat jarang sekali nak masuk..
botol nak dapat patung besar lak da le besar tinggi pulak..
macam tak nak kasi je..hampeh..

sekali main 2 token..1 token rm 2..
kakak aku tukar sampai 31 token..rm62
gila kentangg!! semata2 nak layan anak buah aku tu..aiseyy..bankrup..
nasib budak2..layankan aje..
then kitaorang pergi ke game baling gegelang dekat paku2 yang terpacak atas meja
yang ada label2 hadiah..
lagi satu penipu..cos gegelang yang digunakan gegelang besi..bila baling bukan masuk tapi melantun2..lagi menipu..

tapi sangat memalukan ar..bila anak buah aku lah yang paling banyak berjaya memasukkannya..
hahaha..dari makcik2 dia..
* sebenarnya jeles ar tu, tu pasal cakap semua game penipu..
wakaka..
tapi semua mood berubah bila semua orang nak sangat naik kapal *ape entah namenya..
gila laju..buat orang pening..
bayangkan kakak aku yang paling banyak cakap, bila naik terus terdiam..
wakaka..

turun je semua mabuk..hah! tu lah excited sangat nak naik last2 semua pening..
aku pulak tak rasa ape pun..aiceh *gila berlagak..tapi effect selepas 1/2 jam..hampeh!
kitaorang terus main game lain sebab nak habiskan token2 yang berlambak2 tu..

kakak aku pun menunjukkan bakat main dart..
gila kentang!! tak sangka aku..agak berbakat gak kakak aku..
aku pulak hanya tertarik dengan game2 yang berpusing2 dan rumah hantu..
satu lagi sebab nak tahu kenapa aku kata penipu..








cos rm62 habis tapi ni je hadiah kitaorang bawa balik..

aigoo..malam tu tak ada "ong" la..

*cube dapat patung besar mesti aku tak kata penipu..huhu!!siot..

bila token2 dah habis..
aku pun ajak kakak aku pergi cari limau kat Tesco..
memandangkan aku suka makan buah2..


tapi bila masuk je Tesco macam nak keluar balik
gila ramaiiiii..........
lupa pulak kang cina nak raya..


limau pun habis..geram2..

memang kitaorang ada barang nak beli tapi bila tengok tempat bayar..
huhu..lupakan niat lah..


last2 kitaorang pergi tempat permainan kanak2..
and pergi main semua mainan yang ada kat situ..
kakak aku yang angah pun turut layan kitaorang yang gila ni..
haahaha..seronok2..
orang lain mesti kata kitaorang gilakan..cos umur da berapa..
ha!ha!ha! aku peduli apa..
saja hilangkan tension...bukan senang nak tengok aku mengila macam tu..
*yeke?? heehehehe...


nak dijadikan cerita..bila malas nak beratur panjang nak bayar..
ditambah penat mengacau dan menjahanamkan mainan2 yang ada kat situ..
kitaorang balik ar..merehatkan badan pulak..
hohoho...

Jumaat, 23 Januari 2009

wanita tua, balik melaka dan raya cina...

seawal 7.30pagi aku melangkah keluar dari UiTM
semangat gila nak balik untuk berjumpa dengan famili tercinta..
yang sedang tunggu kepulangan adik mereka yang comel ni selepas sebulan tak balik...
hahaha..
aku gerak ke bas station bersama sahabat karib merangkap budak group..
siapa lagi kalau tak zira dan hafiz..
sesampai kami disana..
kami pergi ke tingkat atas untuk mengisi perut yang meminta sarapan pagi..
tetapi aku seperti biasa hanya milo panas..


8.40pagi..kami turun ke tingkat bawah untuk menunggu bas yang pergi ke destinasi
yang berlainan..aku ke melaka dan mereka ke KL..
kami berborak2 kosong,dan suasana menjadi riah bila berjumpa dengan 2 lagi sahabat karib ku
cha2 dan asfa..


tepat pukul 9 pg,bas transional ke kL sampai..
zira dan hafiz berangkat pulang dulu..manakala tinggal aku seorang menunggu..kerana cha2 dan asfa juga meminta diri kerana bas mereka juga telah sampai..
plan asal aku..aku nak naik bas lompat2 ke melaka bersama mereka berdua..kerana mereka
juga tinggal di melaka..tetapi di sebabkan aku malas nak tukar2 bas maka aku terus tukar plan untuk naik bas cepat yang hanya terus ke melaka central..

tiba2 aku ditemani rakan sekelas yang satu kepala dengan ku ain dan rozi..
berbual dengan mereka seakan-akan tidak rasa langsung masa itu lambat berjalan..
bebual tentang plan aku..valentine nanti..
seakan-akan mereka berminat..
ape ye?? adalah..


tapi bas aku sampai dahulu pada 9.30pg,,menyebabkan aku meminta diri untuk pulang ke
kampung tercinta..hahah..
tapi mereka terus menunggu kerana bas mereka ke kl delay..


aku melihat tiket bas yang tertera tempat duduk ku bernombor 5..
aku tak suka sebenarnya duduk di barisan hadapan..aku lebih suka duduk di belakang2..
aku terus mencari sit aku..dan terlihat sebelah tempat dudukku seorang makcik yang dalam lingkungan 50-an..
desebabkan aku orang malaysia yang berbudi bahasa..aku melemparkan senyuman manis pada makcik tu..*gila poyo..aiceh..


makcik itu berbaju kurung ungu,berskaf coklat dan bertudung hitam labuh..
dia memulakan perbualan dengan bertanyakan aku darimana..
aku hanya menjawab pertanyaan dia bahawa aku pelajar dari uitm..
aku mula berborak2 dengan makcik tu..
tapi apa yang sangat mengejutkan...
percaya atau tidak makcik tu graduate dari uitm shah alam in accounting..
malah dia adalah seorang wanita yang berjaya yang pernah bekerja sebagai seorang akauntan di FELCRA yang memilih menjadi suri rumah tangga sepenuh masa selepas beliau mengambil keputusan untuk berkahwin...gilaaaa kentangg!!

kalau orang lain yang melihat makcik itu mereka tidak akan sangka makcik itu berkelulusan universiti dan sanagat fasih berbahasa inggeris..
wahh..secara tiba2 aku merasa sangat kagum melihat beliau..
wajah seorang wanita yang sangat merendah diri..
aku masih meneruskan perbualan bersama makcik itu..
makcik tu ke segamat kerana suaminya bekerja sebagai polis di bukit kepong..tetapi beliau tinggal di melaka..disebabkan suami beliau sering ke outstation, beliau sering mengikut suaminya ke mana saja tetapi beliau berangkat pulang dahulu ke melaka..
sehingga kami masing2 tiada topik lagi dibincangkan..aku melelapkan sebentar mataku..
kerana sebenarnya kepala aku sangat pening naik bas jalan jauh kerana kebiasaanya
aku akan tidur bila aku menaiki bas tapi disebabkan tidak mahu mengecilkan hati makcik yang ingin ajak berborak aku layankan saja..


aku tidur sehingga tepat 11.30, bas mula sampai ke melaka central..
sebelum turun..aku sempat bersalaman dengan makcik tadi dan meminta agar dia berhati2 pulang ke rumah..


aku terus ke belakang mc dan mencari kakak ku yang kebetulan cuti pada hari ini..
kakak ku mengajak aku ke Tesco kerana dia ingin membayar bil elektrik,streamyx,air and etc..
sudah jadi kebiasaan aku, tidak sah kalau aku tidak singgah di Tesco..

aku suka pergi ke Tesco kerana itu salah satu tempat famili..ada anak2 kecil yang pelbagai karenah..ibubapa yang sibuk membeli barang keperluan rumah..



tapi suasana hari ini sangat sesak sebab chinese akan menyambut perayaan mereka 3 hari lagi..

aku sampai di tempat ayam..

Fuh..penuhnya orang yang berebut2 membeli ayam..mana tak harga ayam jatuh sehingga RM2.90 sekilo..


aku menemani kakak ku yang ingin membeli barang2 dapur..yang paling best beli barang nak wat kek coklat basah..
gila sedap!! my favourite..
sayang betul ngan kakak aku..

badan mula terasa letih..dari satu shopping ke satu shopping..

penat2..barang yang dibeli semakin banyak..terbayang rumah aku yang tingkat 4..

wah..gila kurus kalau angkat semua barang seorang2..
tapi nasib baik kakak aku kata..cuma angkat barang basah dahulu..

gila best!!
segarnya kepala bila da sampai rumah yang tercinta..rumah pusaka arwah ayah..
seronok2!! i'm back!!
aku pasti semua rakan2 aku juga turut merasa perkara yang sama..



kerana waktu dan saat yang paling gembira adalah mengisi masa dan dekat sentiasa bersama keluarga..
betul tak kawan2??












Rabu, 21 Januari 2009

server down..

agak susah ye bila tak internet ni..
membuatkan aku terpaksa berkejar-kejar ke SL selalu..

semalam aku ke Sl kerana ingin menyiapkan tugasan yang diberika oleh pensyarah aku..
di mana final projek sem kali ni untuk imd253 adalah untuk membuat blog..
maka aku terpaksa buat lagi satu blog yang hanya mengandungi ilmu-ilmu yang berguna
mengenai pc maintainance..
gila kentang..

entah kenapa semalam...
server down dekat semua lab komputer yang ada kat dalam SL..
menyebabkan semua kerja-kerja aku tergendala..

dari satu makmal ke satu makmal aku masuk..
tapi hampeh semuanya sama je...

disebabkan aku hilang arah nak pergi mana di tambah wing yang tak elektrik..
tiba-tiba aku terjumpa budak wing dekat SL..
dia pun ingin buat kerja yang sama..."blog"

dalam perjalan nak pulang ke kolej tercinta tu..
dia ajak aku pergi ke PI..
agak terkejut jugak lar..
kebetulan dekat PI ada ceramah..

jadi aku fikir dari aku tak buat apa..
baik aku ke PI je..
gila baik kan..
wakaka...

nak lagi kelakar..
sesampai sahaja kaki aku melangkah ke PI..
ceramah pun habis...ha!ha!ha!

adakah aku marah??
fuh..gila penat..so sabar je lah..

maka malam semalam aku habiskan masa aku pergi "snorling"je..
hilangkan tension..
wakaka...

nasib baik hari ni aku pergi..
server tak down..
kalu tak aku dah bakar SL ni..
HA!HA!HA! *jahat2 >,< heeee.....

dengan tak sampai 5 minit aku dapat create blog baru..

Alhamdulilah akhirnya kerja aku selesai...
itulah sesuatu perkara dimulakan dengan dugaan untuk menguji kesabaran aku...
(the moral of this story)....

Selasa, 13 Januari 2009

Bodoh Sombong??

Bodoh sombong?

Ntah kenapa aku suka dengan word nie..

Macam sesuai untuk orang tertentu..>,<
Yang terutama bodoh sombong..

Bodoh sombong??

si sombong yang bodoh?

Atau...

si bodoh yang sombong....?

Sombong bodoh?
Bodoh sombong?

same k?

ntah...!!

SAW





Korang pernah tengok cerita SAW tak??

Tu salah satu cerita favourite aku..

Sebab ape ea?
Cos aku suka something yang buat aku berfikir…
Sebab tu aku suka tengok horror movie..sangat suka!!
Tapi paling best if ada orang layan aku tengok..macam kakak aku..
Sangat faham..and turut join aku..

Macam cerita SAW yang tak pernah ada kesudahan..
Cerita tue dia cuba buat semakin menarik untuk buat kita semakin tertanya..
Tapi aku harap cerita tu tak terlalu meleret n panjang sangat..
Cos penonton tak suka sangat sesuatu cerita yang same je and tak habis2..

Salah satu macam cerita GOKUSEN..disebabkan plot yang sama je..
Jadi penonotn mula rasa bosan..salah seorangnya aku r...

Macam cerita SAW sekarang..cerita tu da sampai siri yang ke5..
Kalau kat US cerita tu hanya tayangan 24 oct cos masa tu dorang tengah sambut ”party hallowen”..
Jadi aku menanti tahun depan tu keluar SAW 6..

Tapi sekarang aku nak nak cari semua siri SAW yang original...
Walaupun aku da ada yang tak berapa ori cos burn dari kengkawan..
Wakaka..>,< SAW5 JIGSAW is dead!!..tapi perjuangannya disambung oleh Mark Hoffman..(polis yang konon2 siasat pasal jigsaw..). macam mane pun Hoffman tak sangka Agent Strahm boleh selamat dari permainan tu..(polis yang jugak siasat pasal jigsaw)..pada masa yang sama Agent Strahm mula syak yang Hoffman pun turut terlibat dalam permainan Jigsaw..secara tak langsung, ini akan merungkai macam mane Hoffman boleh terlibat dalam Permainan si Jigsaw... Cerita ni sangat best..walaupun cara penyeksaan dia..okaylah.. Bagi aku,aku masih leh terima lagi.. Cuma part last tu...bila dua orang survivor nak lepaskan diri dari permainan tu.. Dorang kene masukkan sebelah tangan dorang kat dalam satu mesin..macam pemotong kayu.. Rasa ngeri bila dengar jeritan dan reaksi muka yang menahan kesakitan..bila tangan dorang dibelah dua.. Woo..sangat ngeri ye...dengan bunyi mesin yang buat kita rasa nyilu.. Rasa sangat seksa tengok dorang... Tapi disebabkan nak cover rasa takut tu.. Takpe anggap jer..alah dorang berlakon jer bukan betul pun.. Wakaka.. So, cerita ni sangat menarik tapi kalau tak berani jangan tengok okay.. dan jangan tengok selalu..sebab cerita yang berunsur keganasan kan boleh Gelapkan hati....hee~

r/ship after klash??

Betul ke orang kata lepas kita ”klash” dengan seseorang tu..
Kita dah tak boleh kawan dengan dia..??

Mungkin sesetengah orang macam tu tapi pada aku..
Aku tak kesah..

Sebenarnya aku tak suka bila ”klash” lepas tu dah tak boleh berkawan lagi..
Terus jadi musuh..

Tapi itu bergantung pada keadaan lar..
Kalau sebab ”klash” tu sangat teruk...mungkin lar..

Macam ape berlaku pada aku..
Ntah apa masalah DIA tak boleh nak berkawan dengan aku..

Aku tak kesah lar terpulang pada DIA..
Kerana itu pandangan masing2..
Cuma apa yang aku tak suka..DIA seolah2 tak puas hati dengan aku..
Mungkin DIA letak salah pada aku 100%..

Jenis aku ialah if KAU tak puas hati..
Jom jumpa terus.. tak payah cakap belakang..umur da berapa beb?
Tapi alasan yang diberikan..tak nak panjang2 cerita..
Tapi masalahnya Kau..
Aku tak kacau Kau..jadi jangan KACAU hidup aku..
Aku ajak jumpa bukan cos nak gaduh..tapi bincang baik2 maa..
Tapi DIA tak faham..

Susah cakap dengan orang yang tak faham ni..
Mungkin dulu DIA ingat aku suka kat DIA cos aku nak ambil kesempatan..

Honestly lar..kalau aku mata duitan..aku tak tinggalkan DIA...
Kalau aku gila jantan..sudah tentu aku ada ”pakwe” sekarang..

Fikir sendiri...tanyalah kekawan aku..
dorang lagi kenal aku..macam mane..
Aku susah nak express feeling aku if aku suka seseorang...

Entah la ea…makna DIA tak faham aku lagi..
Dan lagi satu..yang paling cukup aku tak berkenan..
Bila KAU marah kat aku..tak perlulah kawan2 aku kena tempiasnya kan?
kenapa nak protes ke?
Tak perlu kot..
Habis nak tunjuk yang Kau tu jahat supaya orang tak suka dan nampak kan aku je baik..
Lagi tak payah kot..
Buat apa buat macam tu..
Jangan cari masalah…
Positive lah..
Hidup kan kene ceria..betul tak kawan2..??

Hidup aku sekarang senang dan sangat mudah..
Aku tak nak cari gaduh dengan orang...
Hidup kat ”kampus life” ni..kena hargai betul2..
Mana nak dapat kehidupan kat kampus lagi...

Jadi aku jumpa satu jalan..

Aku try untuk masih berlembut...
Tapi nampak nya…negative..
Jadi aku ambil keputusan untuk berdiam diri dan tengok apa DIA nak buat lagi..
DIAM di sini bukan bermakna aku mengaku KALAH atau aku bodoh untuk menerima
Apa yang DIA aku cakap..
Aku da malas dan tak ada sebab untuk nak layan..
Bak kata kakak aku..orang macam tu jangan layan..sebab kalau aku layan,aku pun serupa dengan DIA..
Dan lagi...ye kan je lah..
Banyak lagi aku nak fikir kat dunia ni..
Kalau benda tu pun aku nak berat2kan kepala aku..
Aku boleh gila kot..>,<
As long as DIA tak keterlaluan..
Tolak ke belakang je lah..

p/s = memang aku cepat marah tapi aku cepat maafkan..
tapi kalau sekali aku betul2 marah....aku dah tak ingat perkataan MAAF..

Rabu, 7 Januari 2009

Xda pe pun..

wakaka..da lame aku meninggalkan blog aku..
ntah kenapa mud nak menulis aku hilang..poyo..
hari ni aku duk kat lab cos nak cari pasal apa yang ditugaskan
oleh lecture2 aku..
wakaka..bese r bile sem baru dah bermule..
mule memang malas nak buka blog walaupun banyak benda yang berlaku n nak
diceritakan..

tetiba hati aku terlintas nak baca blog yang selalu aku baca n jadikan panduan tue..

tapi...si peng"blogger" da remove blog dia..

pehh..siot..ntah kenapa,aku pun tak tahu..

dala dia banyak ke link blog2 yang best..

hampeh..

ShoutMix chat widget