Jumaat, 23 Januari 2009

wanita tua, balik melaka dan raya cina...

seawal 7.30pagi aku melangkah keluar dari UiTM
semangat gila nak balik untuk berjumpa dengan famili tercinta..
yang sedang tunggu kepulangan adik mereka yang comel ni selepas sebulan tak balik...
hahaha..
aku gerak ke bas station bersama sahabat karib merangkap budak group..
siapa lagi kalau tak zira dan hafiz..
sesampai kami disana..
kami pergi ke tingkat atas untuk mengisi perut yang meminta sarapan pagi..
tetapi aku seperti biasa hanya milo panas..


8.40pagi..kami turun ke tingkat bawah untuk menunggu bas yang pergi ke destinasi
yang berlainan..aku ke melaka dan mereka ke KL..
kami berborak2 kosong,dan suasana menjadi riah bila berjumpa dengan 2 lagi sahabat karib ku
cha2 dan asfa..


tepat pukul 9 pg,bas transional ke kL sampai..
zira dan hafiz berangkat pulang dulu..manakala tinggal aku seorang menunggu..kerana cha2 dan asfa juga meminta diri kerana bas mereka juga telah sampai..
plan asal aku..aku nak naik bas lompat2 ke melaka bersama mereka berdua..kerana mereka
juga tinggal di melaka..tetapi di sebabkan aku malas nak tukar2 bas maka aku terus tukar plan untuk naik bas cepat yang hanya terus ke melaka central..

tiba2 aku ditemani rakan sekelas yang satu kepala dengan ku ain dan rozi..
berbual dengan mereka seakan-akan tidak rasa langsung masa itu lambat berjalan..
bebual tentang plan aku..valentine nanti..
seakan-akan mereka berminat..
ape ye?? adalah..


tapi bas aku sampai dahulu pada 9.30pg,,menyebabkan aku meminta diri untuk pulang ke
kampung tercinta..hahah..
tapi mereka terus menunggu kerana bas mereka ke kl delay..


aku melihat tiket bas yang tertera tempat duduk ku bernombor 5..
aku tak suka sebenarnya duduk di barisan hadapan..aku lebih suka duduk di belakang2..
aku terus mencari sit aku..dan terlihat sebelah tempat dudukku seorang makcik yang dalam lingkungan 50-an..
desebabkan aku orang malaysia yang berbudi bahasa..aku melemparkan senyuman manis pada makcik tu..*gila poyo..aiceh..


makcik itu berbaju kurung ungu,berskaf coklat dan bertudung hitam labuh..
dia memulakan perbualan dengan bertanyakan aku darimana..
aku hanya menjawab pertanyaan dia bahawa aku pelajar dari uitm..
aku mula berborak2 dengan makcik tu..
tapi apa yang sangat mengejutkan...
percaya atau tidak makcik tu graduate dari uitm shah alam in accounting..
malah dia adalah seorang wanita yang berjaya yang pernah bekerja sebagai seorang akauntan di FELCRA yang memilih menjadi suri rumah tangga sepenuh masa selepas beliau mengambil keputusan untuk berkahwin...gilaaaa kentangg!!

kalau orang lain yang melihat makcik itu mereka tidak akan sangka makcik itu berkelulusan universiti dan sanagat fasih berbahasa inggeris..
wahh..secara tiba2 aku merasa sangat kagum melihat beliau..
wajah seorang wanita yang sangat merendah diri..
aku masih meneruskan perbualan bersama makcik itu..
makcik tu ke segamat kerana suaminya bekerja sebagai polis di bukit kepong..tetapi beliau tinggal di melaka..disebabkan suami beliau sering ke outstation, beliau sering mengikut suaminya ke mana saja tetapi beliau berangkat pulang dahulu ke melaka..
sehingga kami masing2 tiada topik lagi dibincangkan..aku melelapkan sebentar mataku..
kerana sebenarnya kepala aku sangat pening naik bas jalan jauh kerana kebiasaanya
aku akan tidur bila aku menaiki bas tapi disebabkan tidak mahu mengecilkan hati makcik yang ingin ajak berborak aku layankan saja..


aku tidur sehingga tepat 11.30, bas mula sampai ke melaka central..
sebelum turun..aku sempat bersalaman dengan makcik tadi dan meminta agar dia berhati2 pulang ke rumah..


aku terus ke belakang mc dan mencari kakak ku yang kebetulan cuti pada hari ini..
kakak ku mengajak aku ke Tesco kerana dia ingin membayar bil elektrik,streamyx,air and etc..
sudah jadi kebiasaan aku, tidak sah kalau aku tidak singgah di Tesco..

aku suka pergi ke Tesco kerana itu salah satu tempat famili..ada anak2 kecil yang pelbagai karenah..ibubapa yang sibuk membeli barang keperluan rumah..



tapi suasana hari ini sangat sesak sebab chinese akan menyambut perayaan mereka 3 hari lagi..

aku sampai di tempat ayam..

Fuh..penuhnya orang yang berebut2 membeli ayam..mana tak harga ayam jatuh sehingga RM2.90 sekilo..


aku menemani kakak ku yang ingin membeli barang2 dapur..yang paling best beli barang nak wat kek coklat basah..
gila sedap!! my favourite..
sayang betul ngan kakak aku..

badan mula terasa letih..dari satu shopping ke satu shopping..

penat2..barang yang dibeli semakin banyak..terbayang rumah aku yang tingkat 4..

wah..gila kurus kalau angkat semua barang seorang2..
tapi nasib baik kakak aku kata..cuma angkat barang basah dahulu..

gila best!!
segarnya kepala bila da sampai rumah yang tercinta..rumah pusaka arwah ayah..
seronok2!! i'm back!!
aku pasti semua rakan2 aku juga turut merasa perkara yang sama..



kerana waktu dan saat yang paling gembira adalah mengisi masa dan dekat sentiasa bersama keluarga..
betul tak kawan2??












Tiada ulasan:


ShoutMix chat widget